NASI ULAM KEDAH

Assalamualaikum...apa kata sesekali buat nasi ulam Kedah untuk makan tengahari. Kalau tinggal di kampung mudah nak dapatkan daun-daun ulam, tapi di bandar terpaksalah cari di pasar. Pasangan yang sesuai untuk nasi ulam kedah ialah asam rebus keladi. Tapi, saya tak jumpa batang keladi sayur di pasar, maka saya masak asam rebus ikan sebagai gantinya.
NASI ULAM KEDAH
3 Cawan nasi panas
1 keping ikan tenggiri masin (di goreng dan leraikan)
4 sudu kerisik

ULAM-ULAMAN (DI HIRIS HALUS) - Boleh gunakan ulam lain juga
Ulam daun kaduk
Ulam daun selom
Ulam daun kesom 
Ulam raja
Ulam daun kemangi
Ulam pucuk gajus
1 kuntum bunga kantan

Bahan yang di tumbuk halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai 
1 sudu besar lada hitam 
5 ulas bawang merah 

Gaul nasi dengan ulam-ulaman yang di hiris halus, bahan-bahan tumbuk, kerisik dan isi ikan tenggiri masin. Tidak perlu di tambah garam kerana isi ikan tadi membangkitkan rasa masin. Untuk resepi asam rebus ikan, saya ikut resepi di SINI.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)