TALAM NANGKA

Assalamualaikum, 

Nangka boleh di pelbagaikan dalam masakan kampung dengan berbagai cara. Jika nangka muda selalunya di buat rampai dalam gulai daging, masak lemak, kerabu dan berbagai masakan lagi. 

Selalunya kalau beli nangka masak, anak-anak makan mentah macam tu saja, Tapi kali ni saya cuba buat kuih talam. Sedap juga rupanya kuih talam nangka ni.

Jom kita lihat langkah demi langkah cara membuatnya:-


LAPISAN BAWAH
3 cawan santan cair
1 cawan nangka yang di cincang halus
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir.

LAPISAN ATAS
3 cawan santan pekat-1 biji kelapa
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning.


CARA MEBUATNYA

1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah hingga rata, kacau di atas api dengan menggunakan whisk hingga naik wap. Guna api sederhana.




2. Setelah adunan siap, tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit.


3. Kemudian campurkan semua lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap di atas api sederhana hingga naik wap dan adunan terasa berat (agak pekat sedikit tapi jangan terlalu pekat)

4. Cakar adunan bawah yang telah masak dengan garfu dan tuang adunan lapisan atas tadi.

5. Kukus semula selama 25minit dan tunggu hingga betul-betul sejuk barulah di potong. Sebaiknya dengan pisau plastik untuk potongan yang cantik dan tak melekat.




0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)