PUDING ROTI LAICI

Assalamualaikum, 

Dalam cuaca panas begini, alangkah enaknya jika menikmati puding atau agar-agar. Selalunya jika buat puding saya akan masak pada malam hari dan apabila sejuk, langsung di simpan dalam peti ais . Jadi, bila anak-anak pulang dari sekolah pasti tak sabar  menikmati puding yang dingin sambil bersantai setelah seharian sibuk di sekolah dan berpanas menunggu van sekolah untuk pulang ke rumah.

Menyediakan makanan mengikut selera anak-anak juga adalah satu cara mengeratkan hubungan dan menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak, terutama bagi ibu bekerjaya yang mempunyai masa yang terhad di rumah.

Antara puding yang menjadi kegemaran saya sekeluarga adalah puding roti laici. Rasanya sungguh enak apabila di hidangkan dengan sos karamel. 



PUDING ROTI LAICI 
Sumber : Chef Hanieliza 

1 buku roti saiz kecil (450gm)
1 tin susu cair (400ml)
2 cawan air 
1 tin buah laici
1/2 cawan gula halus
2 biji telur ( di pukul)
2 sudu makan tepung jagung


Sos Karamel 
1 cawan gula perang 
1/2 cawan air 
Masak bahan di atas sehingga pekat untuk mendapatkan sos karamel 

Cara-cara

1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz yang kecil, campurkan semua bahan cecair dan rendamkan selama 1 jam.

2. Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak.


3. Bakar pada suhu 180'c selama 1 jam, sejukkan dan potong semasa menghidang dengan sos karamel.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak..emmmm memang sedap makan puding sejurus keluar peti ais...nyamannnnn

    BalasPadam
  2. Iya Sue...dalam cuaca panas macam sekarang ni memang kenalah.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)