ORANGE & PUMPKIN CAKE

Assalamualaikum, 

Selamat berhari minggu dan bersantai dengan keluarga tercinta hari ini. Walaupun saya terpaksa ke pejabat di pagi hari minggu ini kerana tuntutan kerja, tetap juga bersemangat membakar sebiji kek di awal pagi untuk anak-anak bersarapan. 

Ada kelainan pada rasa kek kali ini kerana saya menggandingkan labu dan parutan buah oren. Setelah masak dan di lihat dari luar, teksturnya kelihatan seakan-akan roti tapi kek ini sungguh gebu dan enak sekali. Labu juga masak dengan sempurna dan memberi tekstur serta warna yang menarik setelah kek ini masak.

Jom kita lihat resepinya... :)

ORANGE & PUMPKIN CAKE
sumber : cheah2009.blogspot.com

Bahan-bahannya 
300gm tepung gandum 
2 sudu teh baking powder
120gm mentega 
130gm gula kastor
2 sudu teh oren zest (parutan kulit oren)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur 
1/2 cawan susu segar + 1/2 sudu teh soda bikarbonat (di kacau)
50gm hingga 100gm labu kuning - di kupas dan di hiris 
gula aising (untuk hiasan)

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung dengan serbuk penaik, ketepikan.

2. Pukul mentega, gula, parutan oren dan esen vanila hingga ringan dan kembang.
Tambah telur satu demi satu, gaul rata.

3. Campurkan susu dan soda bikarbonat dalam mangkuk kecil. Tambah ini ke dalam adunan mentega, gaul rata.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar lagi. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8inci yang telah di lengser minyak terlebih dahulu. Susun kepingan labu di atas kek dan tekan sedikit.

5. Bakar di dalam ketuhar yang bersuhu 180'c darjah selama 45 hingga 50 minit. Biar sejuk dan hiaskan dengan taburan gula aising sebelum di hidangkan.



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)