SAMBAL WANGI IKAN TONGKOL

Assalamualaikum,

Masak apa ya untuk makan tengahari hari ni. Bagi saya menu bersambal dan pedas tetap menjadi pilihan sebagai pembuka selera. Untuk hari ini saya telah cuba memasak sambal wangi ikan tongkol di rujuk dari resepi asal Sambal wangi udang - buku Chef Hanieliza. Saya telah gantikan udang dengan ikan tongkol yang di rebus dahulu dengan asam keping/gelugur dan di goreng sebentar.

Jom kita lihat resepinya...

SAMBAL WANGI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol - saiz sedang
2 tangkai daun kari 
5 biji limau kasturi - di perah ambil airnya
1 labu bawang besar - di potong bulat 
BAHAN KISAR 
20 biji cili kering - di rendam dengan air panas hingga lembut dan toskan
5 ulas cili merah 
3 ulas cili kering 
2 sudu besar udang kering - di rendam sebentar
Cara membuat:

1. Ikan tongkol di siang dan bersihkan. Rebus sebentar dengan 2 keping asam gelugur dan sedikit garam. Bila sudah mendidih, toskan.
2. Goreng ikan tongkol yang di rebus tadi dan ketepikan.

3. Kisar Bahan-bahan A hingga halus dan tumis bahan kisar dengan daun kari dan kacau hingga berbau wangi. 
4. Perasakan dengan garam serta gula dan masukkan air limau kasturi. Masukkan juga bawang besar. Kacau lagi hingga masak. Sedia untuk di hidangkan.