SINGGANG IKAN TONGKOL

Assalamualaikum,

Sibuk benar dua hari ni dengan hal pejabat dan keluarga hinggakan tak sempat nak jengah ke blog sendiri, apalagi nak blogwalking ke teman blogger yang lain. Anak sulung yang baru lepas menduduki PMR pula dah dua hari demam panas yang agak serius dan baru malam ni boleh bangun. Selera makan orang demam ni biasalah, mulut terasa pahit dan kalau boleh mengelak untuk makan. Tapi sebagai seorang ibu, saya sentiasa berasa rungsing bila keadaannya begitu. Takut demamnya melarat dan perut masuk angin.

Untuk yang mudah dan cepat sesuai dengan orang yang hilang selera makan, malam ni saya masak singgang ikan tongkol yang resepinya saya ambil dari buku 1 hari 1 resipi, Chef Hanieliza. Mudah sahaja resepinya, main lebur semua dalam periuk tapi rasanya yang segar bercampur masam dan pedas tu pasti membangkit selera makan.

Jom kita lihat resepinya...

SINGGANG IKAN TONGKOL
Bahan-Bahan
1 ekor ikan tongkol
3 ulas Bawang Putih - Di mayang 
1 inci lengkuas - hiris nipis 
1 inci kunyit hidup - hiris nipis
5 keping asam gelugur
4 cawan air 
garam secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis - saya tambah
7 biji cili padi - saya belah sedikit
Cara membuatnya:

1. Ikan di potong nipis dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan yang di potong tadi berserta air dan isi ikan di dalam periuk.

3. Masak hingga mendidih menggunakan api sederhana dan masukkan juga garam serta kiub ikan bilis. Renihkan hingga masak dan rasanya sebati.
4. Bila sudah masak matikan api dapur dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi panas dan lauk-lauk yang lain. Untuk anak saya yang tidak sihat ini saya cuma hidangkan dengan telur asin rebus mengikut permintaannya.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)