UDANG ASAM - Ringkas dan sedap

Assalamualaikum,


Salam jumaat penghulu segala hari. Bagi yang sedang merancang untuk masak tu, menu apa agaknya hari ini ya. Apa kata jika mencuba resepi yang sangat ringkas tetapi sedap ini iaitu udang masak asam. Sangat mudah menyediakannya dan menjimatkan masa. Kadang-kadang menu yang ringkas begini buatkan selera makan datang dan boleh bertambah-tambah nasi di buatnya. 

Jom langsung kita lihat resepinya :)
UDANG ASAM - Ringkas dan sedap
sumber : Table for two

500gm udang 
1/2 labu bawang besar (saya gunakan 1 labu bawang)
2 tangkai cili merah
1 sudu besar pes asam jawa (jenama Adabi)
2 sudu besar gula 
1/2 sudu besar garam
4 sudu besar minyak

Cara memasak

1. Bersihkan udang, buang kulitnya tetapi tinggalkan bahagian ekor.
2. Tumbuk bawang besar dan cili merah. Boleh juga kisar menggunakan blender.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan udang tetapi jangan di kacau. Cuma alih-alihkan bila udang tersebut bertukar warna.
4. Masak lagi tetapi jangan terlalu lama. Angkat dan ketepikan seketika.

5. Dengan kuali bekas minyak tadi, tumis bawang dan cili merah yang di tumbuk menggunakan api yang sederhana hingga wangi. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula. Masak hingga hampir kering.
6. Masukkan udang (udang akan keluarkan air jadi sambal tadi tidak akan kering), kacau selama kira-kira 10 saat sehingga sambal tadi bersalut dan melekat di udang tersebut. Gunakan api yang kuat.  
7. Seterusnya matikan api dan bolehlah hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)