SAMBAL TERUNG DENGAN UDANG

Assalamualaikum,

Hidangan sambal begitu sinonim dengan masyarakat Asia sebagai pembuka selera. Walaupun resepi sambal ringkas dan agak sama bahan-bahan asas yang di gunakan, cara menyediakannya dan bahan yang di rampai bersama sambal tersebut membuatkan rasanya sedikit berbeza antara satu sama lain dan mempunyai penggemarnya tersendiri.

Salah satu daripada resepi sambal yang membuka selera adalah sambal terung yang di rampai bersama udang. Resepinya ringkas sahaja dan saya sediakan langkah demi langkah cara membuatnya di bawah ini.


SAMBAL TERUNG DENGAN UDANG
Bahan A
1 biji terung saiz sedang - potong serong dan goreng sebentar 
100gm udang - di kopek kulit - tinggalkan bahagian ekor sahaja
2 ulas bawang putih - Di cincang 
Bahan B (Bahan Kisar)
10 tangkai cili kering - di rebus hingga lembut - toskan
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan
sedikit asam jawa


Bahan C
1 labu bawang besar - potong bulat
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang di cincang tadi dan kacau hingga wangi. 


2. Tuang bahan kisar di dalam kuali dan kacau hingga agak kering, masukkan udang.


3. Seterusnya masak lagi hingga sambal pekat, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera anda. Masukkan juga bawang besar yang di mayang dan sos tiram.

4. Bila sambal telah pekat dan masak sepenuhnya, tuang ke atas terung yang di goreng tadi dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)