KEK PISANG COKLAT ALMOND

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu untuk semua pembaca yang sudi masuk ke blog ini. Tak ada rancangan kemana-mana dengan keluarga ke hari ini? Bagi saya jika diikutkan bekerja hari ini tetapi terpaksa mengambil cuti kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Bila dah cuti tu adalah masa untuk masuk kedapur masak apa yang patut. 

Ada 2 sikat pisang pemberian ibu yang dah mula meranum di atas meja tidak disentuh, bolehlah buatkan kek pisang coklat almond. Sebenarnya lagi masak pisang dan mula menghitam dikulitnya lagi sedap dibuat kek atau muffin. Lebih manis dan terasa aroma pisangnya.

Kalau ada stok pisang dirumah bolehlah cuba resipi dibawah ini :)  
Saiz loyang : 6inci x 6 inci

KEK PISANG COKLAT ALMOND
Bahan-Bahan
100gm tepung gandum
30gm serbuk almond
1/2 sudu teh baking powder
10gm serbuk koko
100gm mentega
100gm gula kastor
2 biji telur - Gred B 
4 biji pisang - saiz kecil di potong dadu
Hirisan pisang secukupnya untuk diletakkan diatas kek 

Cara membuatnya ;

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam, tepung gandum. serbuk koko dan baking powder kedalam adunan tersebut dan kacau dengan spatula. 
4. Masukkan pula pisang yang dipotong kiub  dan jangan terlebih kacau, cukup sekadar kaup balik dan bercampur sahaja.
5. Tuang didalam loyang dan atur hirisan pisang keatas adunan kek. Bakar dalam 45minit atau sehingga masak didalam oven pada suhu 170'c

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)