KEK PISANG MARBLE

Assalamualaikum,

Kek Pisang Marble, hmm..pisang lagi nampaknya entry hari ini. Iyalah, sayang kan masih ada baki pisang masak ranum didapur kalau tak habiskan dan buat sesuatu. Kalau cekodok dah biasa sangat, tapi kalau buat kek, tahan lama dan boleh juga jadikan bekal untuk anak bawa ke sekolah atau kelas mengaji.

Untuk rasa lebih coklat, saya masukkan delicia coklat spread dari gardenia atau boleh juga gantikan dengan nutella. Memang sedap dan ada kelainan. Kalau nak cuba bolehlah ikut resipi dibawah ini :) 

Jom kita masuk dapur.
KEK PISANG MARBLE
Bahan-bahan:
225gm mentega
140gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur - Gred A
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan pisang masak ranum - dilecek
1 sudu teh cuka/jus lemon (dicampurkan dengan pisang lecek)
3 sudu besar delicia chocolate spread atau boleh gantikan dengan nutella

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada 170'c dan gris loyang bersaiz 9x5 inci.

2. Didalam sebuah mangkuk campurkan tepung, serbuk penaik & baking soda. Ayak & ketepikan seketika.

3. Dalam mangkuk lain, satukan mentega, gula & esen vanila. Pukul sehingga pucat & berkrim. Masukkan telur satu demi satu, & pukul sehingga sebati. Masukkan pula pisang lecek dan kaup balik hingga bercampur dengan adunan.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan delicia chocolate spread /nutella pada satu bahagian dan sendukkan kedalam loyang berselang-seli setiap adunan.
5. Gunakan pencucuk sate atau pisau, lorekkan adunan kek beberapa kali sebelum dibakar untuk mendapatkan corak marble.
6. Seterusnya bakar selama kira-kira 50 hingga 60 minit atau sehingga lidi dimasukkan di tengah-tengah kek keluar bersih. Sejukkan dan bolehlah dipotong.



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)