PAI SUSU

Assalamualaikum,

Suka makan pai susu tapi tak pandai nak buat sendiri? Percayalah...mudah sangat nak buat pai susu ni dan bahannya pun tak banyak. Kalau rajin, boleh juga buat dalam bekas-bekas yang lebih kecil. Mesti cantik, kan.

Menariknya, pai susu ini boleh juga dibuat terus didalam kuali anti lekat dan dibakar diatas dapur gas dengan api yang paling kecil. Memang tidak renyah membuat pai ini, cuma ianya agak mengambil masa jika dibakar didalam kuali anti lekat diatas dapur gas. Pai susu yang saya hasilkan ini dibakar didalam oven dan yang saya paling suka tentang pai ini adalah rasanya yang kurang manis dan sesuai dengan selera saya.

Nak cuba buat sendiri? Jom kita lihat resipinya :) 
PAI SUSU 
Saiz loyang : 8 inci
Bahan A
250gm tepung gandum 
1 biji telur - Gred A
100gm mentega

Bahan B 
3 biji kuning telur 
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat manis
200ml air
1 sudu besar tepung jagung 

Cara membuatnya:

1. Campur semua bahan A, jadikan doh.

2. Bentukkan doh tersebut didalam loyang pai.
3. Didalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul dengan whisk sehingga bercampur.
4. Tuang adunan tersebut kedalam bekas kulit pai tadi dan bakar didalam oven dalam 45 - 50minit atau sehingga masak. 


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)