AYAM SOS OREN

Assalamualaikum,

Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Bagi yang bercuti hari ini, masak apa agaknya ye? Kalau yang masih berkira-kira lagi nak masak apa tu, apa kata cuba masak ayam sos oren, resipi asal dari Chef idola saya sejak dulu lagi iaitu kak Liza@Hanieliza. Bagi saya ayam sos oren ini lebih sedap dari ayam lemon sebab kurang masam. Kalau masak ayam sos oren ni tak perlu banyak lauk lagi dah, cukup sejenis lauk ini sahaja gandingkan dengan nasi panas.

Kalau nak cuba masak bolehlah ikut resipi dibawah ini ataupun link ke blog Chef Hanieliza yang saya sertakan dibawah ini.

AYAM SOS OREN
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan A
400 gm isi dada ayam - dipotong kecil
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur - dipukul sedikit 
1 cawan tepung jagung -untuk menyalut ayam 
minyak untuk goreng
2 ulas bawang putih - tumbuk halus

Bahan B 
1 cawan Jus Oren sunkist 
1 sudu kecil serbuk pati ayam 
1/2 sudu kecil gula
2 sudu kecil tepung jagung 
2 sudu besar air 
1 biji oren - dihiris 
2 biji tomato - dibelah 6 


Cara membuatnya :

1. Perapkan isi ayam dengan pati ayam dan lada hitam selama 10 minit.

2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
Gorengkan ayam hingga kekuningan dan toskan. 

3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 sudu besar dalam kuali.

4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan B dan masak hingga mendidih. 

5. Pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.

6. Sendukkan sos ke atasnya ayam goreng tadi dan bolehlah dihidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)