CREAM CHEESE POUND CAKE

Assalamualaikum, 

Cream Cheese pound cake adalah sejenis kek yang paling simple buat minum petang dan hanya menggunakan resipi dan bahan-bahan asas sahaja selain daripada krim cheese. Tekstur pound kek yang padat tetapi gebu memang mengenyangkan dan yang bestnya cream cheese pound cake ini tidak muak walaupun dimakan lebih daripada sepotong. Kalau suka bolehlah hiaskan dengan topping kegemaran tetapi saya lebih suka makan begitu sahaja.

Bagi yang ingin mencubanya, jom kita lihat resipi dibawah ni :)
CREAM CHEESE POUND CAKE
1 ½  cawan mentega
250gm krim cheese
2 cawan gula kastor
6 biji telur - Gred A
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya :

1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan seketika. Lengserkan mentega pada loyang dan tabur sedikit tepung.
 2. Pukul mentega dan krim cheese pada kelajuan sederhana sehingga berkrim dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.
 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga gebu. 
 4. Seterusnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dengan esen vanilla dan pukul adunan bercampur rata (low speed).

5. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'c. Bakar lebih kurang 1 jam ataupun sehingga kek masak (setiap oven berbeza).

6. Setelah kek sejuk bolehlah dihidangkan dengan topping kegemaran ataupun sedap juga dihidangkan begitu sahaja.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)