SIMPLE VANILLA MUFFIN

Assalamualaikum, 

Dah lama rasanya tak buat muffin untuk anak-anak hinggalah si bongsu bersuara, minta muffin sebagai bekalan ke sekolah pagi semalam. Sebenarnya muffinlah paling senang sekali nak buat sebab tak banyak kerja dan tak perlu keluarkan mixer. Cukup pakai spatula untuk kacau bahan kering dan bahan basah, tuang kedalam cawan muffin dan bakar. 

Untuk tidak menghampakan permintaan si bongsu, saya buatkan muffin yang paling mudah sekali sesuai dengan bahan-bahan yang ada didapur iaitu simple vanilla muffin. Sekejap sahaja dah siap dan memang gebu teksturnya. Jom tengok resipi dibawah ni...anda juga boleh buat untuk sikecil dirumah. Kalau tak ada sikecil, makan sendiri atau untuk keluarga dan suami juga boleh. Sesuai untuk jadikan teman ngopi ni.

SIMPLE VANILLA MUFFIN
150gm tepung gandum
100gm gula pasir
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur - Gred A
125ml susu cair
50gm margerin atau mentega - dicairkan
50ml minyak - saya guna minyak jagung 
1/2 sudu teh esen vanilla
Almond/chocolate chips - untuk topping 

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 180'c
 2. Campurkan bahan kering iaitu tepung gandum, gula, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau rata. Buat lubang ditengah-tengah adunan tersebut da ketepikan seketika.
3. Didalam bekas lain, pukul telur menggunakan whisk ataupun spatula, masukkan susu, margerin cair, minyak dan esen vanilla. Kacau rata.

4. Masukkan campuran telur kedalam bahan kering, kacau menggunakan whisk kacau rata dalam kiraan 10 (lebih kurang 10 saat). Jangan terlebih kacau kerana struktur muffin akan keras.
5. Tuang adunan kedalam acuan muffin. Tabur hirisan almond atau chocolate chips dan bakar didalam oven kira-kira 30minit atau sehingga muffin masak.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)