KETAM MASAM MANIS

Assalamualaikum :)

Masak lauk apa agaknya untuk makan tengahari hari ni ya? Tinggal di pulau Langkawi ni, balik-balik masak seafood. Tu yang buat kolestrol dalam tubuh makin naik tu...:) Yang penting bersederhana dalam pengambilan makanan walaupun apa yang kita makan dan yang lebih mustahak lagi, ambil masa lebih kurang 30minit atau sejam dalam sehari untuk beriadah. Itulah cara sebaiknya untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat, kan.

Berbalik kepada resepi ketam masam manis yang saya masak hari ni, resepinya..saya ambil blog kak Hanieliza. Memang kebanyakan masakan lauk pauk saya asalnya dari resepi kak Hanieliza. Malah resepi-resepinya dalam buku kompilasi masakan dari Chef Hanieliza (1 hari 1 resepi) buatkan kerja memasak saya menjadi lebih mudah. :)


KETAM MASAM MANIS
Bahan-bahan
5 ekor ketam (potong dan bersihkan)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato 
1 cawan air
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar gula
1/2 cawan nenas - jika suka (di potong dadu) - saya tak letak sebab tak ada stok nenas :)
1 biji tomato (di belah)
1 biji telur (pukul sedikit)
1 pokok daun bawang (mayang 1 inci)

Bahan hiris
2 labu bawang putih
1 labu bawang besar

Cara menyediakannya:-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris hingga wangi

2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. biarkan mendidih

3. Masukkan garam dan gula sedikit.

4. Masukkan telur dan kacau, biarkan mendidih lagi seketika.

5. Masukkan buah tomato dan nenas, kacau rata.

6. Bila dah nampak pekat, masukkan daun bawang dan angkat. sedia untuk di hidangkan.





0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)