About


Assalamualaikum,

Selamat datang ke blog fiza’s Cooking  yang menyajikan resipi-resipi ringkas untuk di cuba dan sebagai rujukan kepada yang masih baru berjinak-jinak di bidang masakan.

Nama saya Hafizah bt Yahaya atau nama yang saya guna di blog adalah fiza-lgk. Pulau Langkawi adalah tempat tumpah darah saya dan saya membesar serta bekerja juga di Pulau Lagenda ini. Saya adalah ibu kepada 4 orang anak iaitu 1 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Tujuan asal blog ini di buat adalah untuk menyimpan resipi-resipi masakan ringkas untuk rujukan anak gadis saya dan sekarang Alhamdulillah blog ini berkembang dan menjadi rujukan ramai khususnya ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk memasak.

Resipi yang di kongsikan ada yang saya cipta sendiri, resipi warisan dan ada 
juga yang di cuba hasil daripada perkongsian teman-teman blogger.

Di harap anda mendapat  manafaat dari blog ini dan jika ada sebarang masalah atau komen yang saya terlepas pandang di dalam blog ini, bolehlah  email terus kepada saya di fizalgk@gmail.com atau fiza_lgk@yahoo.com

Terimakasih daun keladi
Ada hari berkunjung lagi

Salam hormat

Fiza-Lgk

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)