PUDING OREO

Jom kita cuba buat puding oreo. Sedap nih sebagai 'dessert' untuk sebarang majlis dan untuk berbuka puasa. Walaupun bulan ramadhan sudah berlalu, masih ramai juga di antara kita yang berpuasa sunat isnin dan khamis dan menggantikan puasa. Alhamdulillah jika begitu, selagi kita di berikan kesihatan yang baik, elok di gantikan puasa yang pernah tertinggal dulu. Eh..udah melalut bab puasa pula ye..bukan apa, saling mengingatkan. :). 

Jom kita lihat resepi...


PUDING OREO 
1 paket agar-agar serbuk (10gm)
100ml air + 300ml susu cair + 600ml susu segar dutch lady
150gm gula pasir
secubit garam 
15biji oreo - 10biji di blender &  5biji di patah2kan kasar - buang intinya

Cara-cara
1. Masak agar-agar serbuk dengan susu, gula & garam hingga mendidih
2. Tuang separuh adunan agar-agar kedalam serbuk biskut yang telah di kisar dan kacau hingga sebati
3. Masukkan kedalam acuan dan lapisi dengan sebahagian lagi agar-agar yang bersusu
4. Tabur baki agar-agar yang di patahkan dan sejuk kan.



0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)