BISKUT SARANG SEMUT

Assalamualaikum,

Jika anda tercari-cari resepi biskut mudah untuk melengkapkan koleksi biskut raya tahun ni, apa kata mencuba resepi ini. Proses membuatnya memang cepat dan agak berbeza sedikit dari biskut-biskut lain, kerana doh tepung yang di gunakan harus di parut terlebih dahulu kedalam acuan kertas sebelum di bakar.

Di sesetengah kedai memang menjual pemarut khas untuk biskut ini, tetapi saya hanya menggunakan pemarut biasa. Alhamdulillah hasilnya tetap cantik dan menjadi seperti biskut yang di hasilkan oleh tuan punya resepi asal iaitu teman maya saya di FB. Terima kasih kepada LinaKz Shaari kerana sudi berkongsi resepi original dari ibunya, dan izinkan saya berkongsi sekali lagi resepi ini di sini untuk rujukan di masa depan dan pada yang ingin mencubanya...

BISKUT SARANG SEMUT
Sumber : LinaKz Shaari (FB)

Bahan-bahan
225 gram butter
200 gram tepung jagung
2 biji kuning telur
125 gram gula icing
275 gram tepung gandum
1/2 sudu esen vanilla
Coklat rice untuk hiasan

Cara membuat:

1. Kacau butter & gula hingga sebati menggunakan spatula. Masuk kuning telur & esen vanilla.
2. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga jadi doh.
 3. Parut kedalam acuan cawan kertas dan tabur dgn coklat rice.
3. Bakar dengan suhu 140'c lebih kurang 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing). 1 adunan ini dapat lebih kurang 130 biji kuih.
4. Bila biskut telah masak dan di sejukkan, bolehlah di simpan ke dalam balang kedap udara.