KEK PISANG MOCCA

Assalamualaikum, 


Kek pisang memang menjadi kegemaran anak-anak saya dan ada berbagai versi kek pisang yang di kongsikan oleh rakan-rakan blogger. Hari ni saya ingin berkongsi resepi kek pisang mocca, iaitu kek pisang biasa tetapi di campurkan dengan paste mocca. Jika tak ada pes tersebut boleh juga cairkan 1 sudu besar nescafe dengan 1 sudu air mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam adunan kek tersebut, dan buatlah seperti biasa. Senang sangatlah proses membuatnya dan boleh di jadikan sarapan pagi atau gandingkan dengan secawan teh panas di waktu petang.

KEK PISANG MOCCA.
Bahan-bahan 
7 biji pisang berangan - Boleh juga gunakan pisang emas
1 cawan minyak masak 
2 sudu kecil soda bikarbonat 
5 biji telur 
1 1/2 cawan gula halus 
1 sudu kecil esen vanilla 
3 cawan tepung gandum 
1 sudu besar paste mocca atau 1 sudu besar nescafe - cairkan dengan 1 sudu air panas.

Cara membuat:
1. Kisar pisang, minyak dan soda bikarbonat dengan blender sampai halus.
 2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla - boleh juga di kisar dengan blender.
 3. Masukkan pisang yang telah di kisar tadi ke dalam bancuhan telur dan gula. 

4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
5. Bahagikan 2 bahagian.1 bahagian masukkan mocca paste / nescafe. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 45 minit, suhu 165' C.






0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)