KEK PISANG WALNUT KUKUS

Assalamualaikum,

Kek ni walaupun nampak ringkas dan kurang 'lawa', tetapi rasanya sedap tau. Sesuai sangat buat untuk sarapan atau di gandingkan dengan minum petang di hari cuti sempena Hari Malaysia hari ni. 

Seperti yang kita tahu hari ini 16hb September 2014, merupakan hari yang bermakna bagi warga Malaysia. Selain daripada mendapat cuti, lebih dari itu sebagai warga yang sayangkan negara kita perlu ambil tahu bahawa sambutan ini adalah untuk memperingati penubuhan kerajaan persekutuan iaitu penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 16hb September 1963. Cuma pada tahun 2010 sahaja tarikh ini di istiharkan sebagai cuti umum di Malaysia setiap tahun. 

Untuk maklumat selanjutnya mengenai hari Malaysia ni, bolehlah buat carian di google ye :D. Kalau nak resepi kek pisang walnut kukus pula...jom kita lihat resepi di bawah ni.

KEK PISANG WALNUT KUKUS
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang - di lenyek 
1 sk soda bikabonat
1 sk baking powder
1/2 cawan walnut cincang kasar
2 sudu besar coklat rice

Cara membuat :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati.
3. Masukkan pula walnut cincang dan coklat rice. kaup balik sekadar adunan bercampur.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Bila kek sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)