AGAR-AGAR SANTAN GULA GEREK

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak gula gerek? Gula melaka atau nisan adalah nama lain bagi gula ini dan sebutannya berbeza ikut negeri. Kalau di Kedah dan utara semenanjung ia dikenali sebagai gula gerek. Gula gerek banyak digunakan didalam pembuatan kuih tradisional dan yang paling popular adalah inti kuih buah melaka atau onde-onde. 

Hari ini, sesuai dengan cuaca panas yang membahang bolehlah buat agar-agar paling mudah menggunakan gula ini iaitu agar-agar santan gula gerek. Agar-agar ini biasanya popular di bulan ramadhan. Mesti segar kan dapat makan agar-agar ni bila keluarkan dari petisejuk. 

Jom kita buat...mudah sangat dan cepat disediakan. Resepi asal saya ambil di blog linapg dan oleh kerana gula gerek ini dah cukup manis, saya skip penggunaan gula pasir. Terima kasih lina <3 
AGAR AGAR SANTAN GULA GEREK
Bahan-Bahan:
10gm agar-agar serbuk
220gm gula gerek/gula nisan/gula melaka
secubit garam
2 helai daun pandan - dikoyak dan simpul
4 cawan air
200ml santan kotak

Cara membuatnya : 

1. Potong gula gerek kecil-kecil dan masukkan kedalam periuk.
2. Masukkan air, daun pandan dan agar-agar kedalam periuk tersebut dan masak sehingga gula hancur.

3.  Seterusnya masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan matikan api dapur.
4. Basahkan acuan agar-agar atau loyang dan tapis agar-agar yang dimasak tadi kedalamnya.
5. Sejukkan dan bolehlah dimasukkan kedalam petiais untuk rasa yang lebih segar.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)